Tuesday, March 31, 2009

Bagaimana hendak majukan Batang Ai sedangkan Permatang Pauh masih mundur?

SERAMAI 10 ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai telah melawat kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini bagi melihat dengan mata sendiri tahap pembangunan dan suasana kehidupan penduduk di kawasan itu.

Rombongan berkenaan diketuai ‘orang kuat’ Presiden PRS Datuk Sri Dr James Masing iaitu Jackson Melintang.

Selain daripada penulis, turut serta dalam lawatan itu ialah Penghulu Jaul Lutau, Kaunselor Gerang Jubin, Kaunselor Jugat, Kaunselor Temeling Jua, Kaunselor Nyelang Jimbau, Naka Indap, Jyanita Melai, Roselind Lanyau dan Jimbun Tawai.

Sebaik sahaja menjejak kaki di Bumi Permatang Pauh – kawasan yang ditadbir oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail, ahli rombongan kami tergaman sejenak apabila melihat kemunduran dan kedaifan penduduk kawasan itu.

Kami seakan tidak percaya apabila kebanyakan rumah yang didiami penduduk terutamanya kaum Bumiputera dalam keadaan daif. Maka tertanya-tanya dalam sanubari penulis apa yang dapat dilakukan Anwar untuk memajukan Batang Ai sebagaimana dalam ucapan kempennya sedangkan kawasannya yang sepatutnya dimajukan oleh mereka suami isteri selama 27 tahun masih mundur manakala rakyatnya pula hidup dalam serba kekurangan.

Kawasan yang dimaksukan ialah Kampung Bagan Serai yang terletak di Seberang Prai, Pulau Pinang. Sebaik tiba di perkampungan itu, rombongan kami melihat tiga wanita sedang membuang kepala ikan bilis untuk dijadikan sambal nasi lemak untuk dijual.
Ditanya tentang keadaan setelah pembangkang mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, penduduk salah seorang wanita berkenaan menyatakan bahawa keadaan mereka sekarang lebih susah sekarang.

“Lihatlah keadaan kami yang tidak diambil peduli oleh kerajaan yang memerintah ketika ini.
Jadi untuk menampung kehidupan, kami sekeluarga terpaksa berniaga secara kecil-kecilan."
“Untuk mengharapkan wakil rakyat kami iaitu saudara Anwar mengubah kehidupan dan menaikkan taraf ekonomi kami jangan haraplah,” ujarnya.

Tambah wanita itu lagi, sejak diwakili pasangan suami isteri itu (Anwar dan Wan Azizah), penduduk belum lagi merasai kesenangan malah banyak janji yang diluahkan sebelum ini tidak ditunaikan.

Untuk menyelami masalah penduduk dengan lebih mendalam lagi, penulis turut menemui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Jalan Huseein Onn, Mustaffa Ismail.

Menurut Mustaffa, Anwar bercakap tidak serupa bikin apabila banyak janji-janjinya dengan penduduk-penduduk di kawasan itu tidak pernah ditunaikan.
“Orang seperti saudara Anwar ini memang suka berjanji tetapi tidak pernah ditunai dan anda di Sarawak jangan percaya dengan dia (Anwar),” katanya.

Pada masa yang sama, katanya Anwar juga memetingkan diri kerana kerana setelah berjaya menawan Permatang Pauh, beliau akan balik semula ke Kuala Lumpur dan jarang menjenguk kawasan pilihan rayanya terutama di Bagan Serai.

“Isterinya, Wan Azizah hanya tiga kali melawat kampung ini sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat kawasan ini,” katanya.

Mustaffa berkata, beliau sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak kerajaan tentang sistem perparitan di kampung itu yang kurang sempurna tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Akibatnya, 18 kali rumah yang terletak di tepi jalan itu dimasuki air, jelasnya.
“Aduan kami memang tidak pernah dipedulikan oleh Anwar, jadi macam mana dia boleh menyelesaikan masalah di Batang Ai”.

Menurutnya, aduan berhubung masalah parit di kampungnya itu juga pernah disiarkan dalam akhbar tempatan namun tiada tindakan susulan diambil.

Kemudian rombongan kami telah dibawa oleh pengiring kami ke pekan Permatang Pauh.
Daripada pengamatan, pekan Permatang Pauh bolehlah dikatakan sebagai ‘pekan tidur’ berikutan kebanyakan kedai di pekan itu ditutup.

Menurut pengiring kami, kebanyakan kedai di pekan itu ditutup berikutan kekurangan pelanggan memilih pekan itu sebagai tempat untuk membeli-belah.

“Ya banyak kedai di pekan ini ditutup walaupun ditampal iklan di merata-rata tempat kepada orang ramai untuk disewa namun tidak mendapat sambutan."

Begitu juga dengan keadaan pasar di sekelilingi kawasan Permatang Pauh yang masih berbentuk lama.
sumber: utusan sarawak

1 comment:

  1. Saudara Kall..

    Tidak ada sebab utk pengundi2 di Pmtg Pauh harus memilih Anwar dulu kerana dah terbukti dia suka tabur janji2 kosong!Rancangannya semua indah-indah saja tapi sekadar atas kertas,tidak daya utk melaksanakannya!

    ReplyDelete