Sunday, May 3, 2009

OH!!!..OH!!!.. PATUT LAH "ISA" HENDAK DIHAPUSKAN!!!


Apabila tercetus khabar angin mengenai Sidang DUN Negeri Perak hendak digagalkan dan suara seorang pemimpin tertinggi pembangkang mengambil contoh pergaduhan di Thailand akan berlaku di Perak menjelang 7 Mei 2009 dan mengambil kira berbagai tektik dan tipu helah pekatan pembangkang dalam usaha mengeliru kan rakyat mengenai undang - undang yang tidak rakyat fasih mengenainya.

Kini faham lah penulis apa disebalik semua nya ini dengan perjuangan mereka untuk memansuhkan ISA yang diperjuang kan oleh pemimpin - pemimpin Pakatan pembangkang selama ini. sememangnya telah di hasrat kan bahawa pakatan pembangkang ingin mencetus keadaan menjadi huru hara, pergaduhan tercetus, permusuhan kaum berlaku agar negara menjadi kacau bilau, kononnya rakyat akan bangkit memberontak menjatuhkan kerajaan BN dan tangan - tangan ajaib dari luar akan campur tangan maka pakatan pembangkang akan memerintah Malaysia.

Oh..oh.. baru lah terjawab dengan apa yang akan berlaku di Perak dengan ISA yang amat dibenci oleh pakatan pembangkang dengan mengunakan alasan "human right" rupa - rupanya untuk kepentingan politik dan sekadar strategi politik ala US 'PECAH DAN PERINTAH" dan test marketnya di Negeri Perak dimulakan, sekiranya berjaya di Perak maka akan digunakan ditempat - tempat lain.Cara politik baru yang hendak diperkenalkan dan dipraktikkan oleh pakatan pembangkang boleh dipercayai mengambil contoh negara - negara luar yang kebanyakkan berjaya dan kerajaan tunduk kepada desakan perusuh jalanan, dan ini lah yang cuba di lakukan oleh pakatan pembangkang 'short cut" untuk memerintah Malaysia.

Penulis percaya pehak - pehak bertanggungjawab dapat mencium strategi ini, PDRM dan Kementerian Dalam Negeri tentu nya mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengesan usaha - usaha yang dimainkan oleh pehak tertentu dan tentunya sedang memerhati dan akan mengambil tindakan bagi menyekat sesuatu yang buruk berlaku.

Majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan harus melihat ini secara serius, berbagai - bagai lapisan masyarakat dan berbagai - bagai etnik seharusnya memikirkan dan membayangkan bagaimana teruknya kejadian rusuhan, pergaduhan kaum berlaku dinegara iini tercetus yang rakyatnya berbilang kaum, ianya akan seteruk - teruknya kejadian tanpa dapat kita imaginasikan, kerana berbagai kaum perselisihannya amat buruk sekali.

Harus kita sedarkan diri secara paksa dimana kita?, bagaimana kehidupan kita?, banding kan sebaik - baik perbandingan dengan negara - negara yang dahaga kan keamanan dan kesejahteraan, bersyukur kita hidupnya dibumi bertuah ini bernama Malaysia. impian untuk lebih baik mungkin sebenarnya telah sedia kita kecapi ketika ini.

Dipetik daripada blog sahabat - http://ddinbunga.blogspot.com/2009/05/ohoh-patut-lah-isa-hendak-dihapuskan.html

No comments:

Post a Comment