Sehingga kini saya masih tertanya-tanya kenapakah polimik Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik ( PPSMI ) menjadi isu yang dipolitikkan oleh PAS. Apa yang boleh saya katakan ialah :
Hanya Matematik dan Sains sahaja yang sedang dan akan diajar didalam Bahasa Inggeris ( BI ).Itupun disebabkan banyak terma-terma dan istilah-istilah terutama didalam pelajaran Sains yang lebih sesuai menggunakan Bahasa Inggeris. Berapa banyak buku-buku Sains dan Matematik yang sudah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia? Begitu juga dengan kamus lengkapnya? Cuba cari dikedai-kedai buku barapa banyak buku-buku Sains, Matematik dan Kejuruteraan diterjemah kedalam Bahasa Malaysia? Jika ada mungkin saya boleh mengubah pendirian menyokong, tetapi cubalah cari dikedai-kedai buku, ada tak ?
Untuk tahun-tahun mendatang Bahasa Inggeris akan menjadi Bahasa Keperluan Global dan masihkah kita hendak menjadi macam katak di bawah tempurung? Jangan jadi macam PAS kerana mereka hanya tahsub kepada ulama-ulama mereka sahaja. Islam PAS hanya melengkar untuk golongan ahli-ahli yang taksub dan jumub sahaja tanpa memikirkan orang-orang Islam yang lain yang tidak berminat dengan politik? Tak disangka pula Ustaz Hadi, seorang yang hebat dalam hal ehwal ugama sanggup menggelar mereka yang menyokong PPSMI ini sebagai golongan "celaka".
Adakah Ustaz Hadi pernah terfikir mereka yang menyokong PPSMI ini bukan semua penyokong politik? Pernahkah Ustaz Hadi memikirkan perasaan mereka apabila mereka digelar sebagai " golongan celaka "? Saya hendak bertanya kepada Ustaz Hadi dan Ulama-ulama PAS yang fasih berbahasa Arab. Semasa anda semua menuntut ditanah Arab, bahasa apa yang anda gunakan? Adakah dalam bahasa Malaysia atau Inggeris? Sudah pasti tidakkan? Jadi semasa anda semua belajar bahasa Arab, selepas kembali ketanah air adakah anda semua sudah tidak boleh berbahasa Melayu? Tidak bukan..masih boleh memahami dan menutur bahasa Melayu dengan baik bukan. Cuma loghat sahaja yang tak boleh ditukar. Boleh tanya pada Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Bagaimana tahap bahasa Malaysia mereka? Jadi apa masalah jika anak-anak kita belajar Bahasa Inggeris dan Sains dan Matematik?
Saya rasakan anak-anak kita tidak akan lupa bahasa ibunda mereka. Apa yang sebenarnya yang PAS nak politikkan? Adakah pemimpin-pemimpin PAS takutkan anak-anak yang bakal fasih menggunakan bahasa Inggeris ini yang menggugat mereka kerana rata-rata pemimpin PAS yang berlatar belakang bahasa Arab tidak fasih berbahasa Inggeris termasuklah Ustaz Hadi? Adakah disebabkan aku tidak belajar, maka kamu semua juga tidak perlu belajar? Adakah Ustaz Hadi dan pemimpin PAS yang lain takut dengan bayang-bayang sendiri?
Saya mengambil contoh terbaik mantan PM iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad. Adakah semasa zaman Tun belajar dahulu iaitu semasa zaman sebelum merdeka ,aliran yang digunakan adalah aliran bahasa Melayu. Tidak bukan malah aliran bahasa Inggeris diwajibkan kesemua sekolah-sekolah. Adakah semasa Tun menuntut di Singapura untuk menjadi seorang doktor pada masa menggunakan bahasa Melayu? Sudah tentu bahasa Inggeris bukan. Adakah Tun lupa akan bahasa Melayu selepas berjaya menjadi seorang doktor? Malah rakyat seluruh dunia kagum apabila Tun boleh berbahasa Inggeris dengan baik semasa memberi ucapan dimana-mana sahaja persidangan antarabangsa sehingga ada diantara mereka mengamati setiap patah perkataan yang Tun ucapkan. Bagi sesetengah mereka setiap patah perkataan yang Tun ucapkan adalah menjadi satu ilmu bagi mereka. Apakah PAS takut akan lahir lebih ramai lagi negarawan seperti Tun Dr.Mahathir?
PAS jangan takut kerana Bahasa Melayu/Malaysia masih menjadi Bahasa Kebangsaan. Apa masalahnya yang sebenar? Apakah disebabkan ada segelintir kecil yang membantah PPSMI, maka PAS akan mengambil kesempatan untuk menjadi juara dengan membantah isu tersebut? PAS memang bijak menggunakan isu ini untuk menanguk di air keroh. Tetapi tidak sampai hati pula nak mengatakan golongan-golongan PAS yang sedemikian sebagai " golongan celaka " kerana saya masih merasakan diri ini masih waras?
Kalau benar PAS dan sekutunya daripada PKR dan DAP mengutamakan bahasa Melayu, berapa kerap sangat ahli-ahli Parlimen mereka yang bukan Melayu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik bila berbahas? Ambil contoh Lim Kit Siang, lihat cara percakapannya. Adakah beliau mahir berbahasa Melayu setelah hidup dinegara Melayu ini sehingga sudah layak dipanggil warga emas? Begitu juga yang lain yang mana boleh dibilang dengan jari. Pernahkah Ustaz HAdi terfikir untuk menyuruh mereka mengambil kelas tambahan Bahasa Melayu sebelum masuk semula ke Parlimen? Atau Ustaz Hadi boleh memanggil mereka dengan panggilan " celaka " jika mereka masih " pelat "? Jadi sebelum Ustaz Hadi memanggil orang lain sebagai celaka, saya rasa eloklah Ustaz Hadi lihat kembali diri sendiri dan orang-orang yang berada didalam Pakatan Rakyat. Setelah berpuluh-puluh tahun tinggal di Tanah Melayu, lihatlah tahap pemahaman dan penggunaan Bahasa Melayu mereka? Adakah ini yang Ustaz Hadi hendak banggakan? Tepuk dada tanya selera.
Dan jika Ustaz Hadi masih hendak mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan PPSMI sebagai " golongan celaka ", apa masalahnya? Apa masalahnya jika saya mahu anak-anak kami mahir berbahasa Inggeris didalan matapelajaran Sains dan Matematik tanpa melupakan bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu. Malah saya melihat mereka sudah mula menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekarang dan mereka juga cemerlang didalam peperiksaan mereka. Apakah ini mengusarkan PAS dan menuduh kerajaan hendak menghapuskan Bahasa Melayu.Yang saya tahu selama ini PAS hanya memperjuangkan ISLAM PAS dan bukannya Bahasa Melayu? Kenapa PAS tiba-tiba hendak menjadi juara didalam memartabatkan Bahasa Melayu milik Bangsa Melayu? Adakah kita semua tahu banyak perkara yang berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan?
Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.
Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.
Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.
Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.
Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia. Jadi siapa yang jadi pengkhianat sekarang, PAS atau penyokong PPSMI?Nasihat saya kepada Ustaz Hadi dan penyokong-penyokong PAS termasuklah Salahuddin Ayup. Dan untuk Sdr.Mahfuz Omar, janganlah disebabkan tahap pelajaran anda setakat sekolah menengah sahaja maka anda hendakkan anak-anak kami belajar sehingga tahap anda belajar sahaja?
Jangan takut, anak-anak kami tidak diajar untuk melawan taukeh. Hentikan lah sikap hipokit anda semua.
Wallahuallam.
Petikan daripada komen blogger http://belantan.blogspot.com/
Pengkhianat adalah penyokong PPSMI.Full stop.
ReplyDeleteMana kau tahu BI akan jadi bahasa global buat selama-lamanya?Kalau tahun 2050 nanti tahi bintang tiba2 jatuh hancurkan USA dan lepas tu Bahasa Perancis pula jadi global nak belajar sains dan matematik dalam bahasa perancis pula ke?Jadilah kita bangsa yg bergantung kepada tamadun USA je.Hancur USA,hancurlah semua negara yg bergantung kepadanya.
NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
ReplyDeleteMemang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.
Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.
ppsmi march 070309 tear gas.jpg
Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.
Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.
anti ppsmi rally 070209 rally banner
Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.
Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.
Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.
anti ppsmi rally 070209 pak samad chokes
Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.
Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.
Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.
Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.
Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.
Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.
PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.
Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.
Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.
Assalamualaikum anakku,
ReplyDeleteSebenarnya Pemimpin PAS bukan minat sangat hal hal Pembelajaran anak anak Malaysia. Mereka hanya suka ajar mereka membangkang dan membenci kerajaan. Kecil kecil di asuh dan dimasukkan dalam fikiran bahawa PAS itulah Islam!!
Mereka memang suka berdemonstrasi di jalanan. Jadi inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Dulu di Kuala Kangsar, dua hari lepas di KL, esok lusa entahlah. Kenalah cari isu baru. Kalau tak percaya tunggulah. Atau Kena tunggu dekat dekat July besok kalau boleh ada satu lagi isu untuk cover yang sorang tu nak naik Mahkamah lagi dengan Saiful. Alihkan perhatian rakyat.
Salam,
ReplyDeletePPSMI tidak seharusnya dipolitikkan, biarpun kita hendak menyerahkan surat memorandum untuk apa dihantar secara berarak di jalan-jalan?
Kita tahu PAS sejak daripada awal lagi begitu membenci dasar kerajaan ini sehingga menyifatkan pihak yang mencuba untuk meneruskan PPSMI sebagai celaka!
Jika ada kalangan mereka semasa kekecohan yang berlaku semasa perarakan itu, maka tidak hairanlah ia boleh menjadi ganas mirip perarakan demonstrasi parti politik.