KUALA LUMPUR: Parti Gerakan hari ini menggesa polis supaya segera meningkatkan perlindungan bagi memastikan keselamatan Pengerusi DAP Karpal Singh dan anggota keluargannya, serta ahli politik lain yang menerima ugutan.
Setiausaha Agung parti itu, Teng Chang Yeow berkata ugutan yang dilakukan terhadap Anggota Parlimen Bukit Gelugor dan anggota keluarganya "adalah sesuatu paling mengejutkan dalam sebuah masyarakat bertamadun".
Beliau berkata Gerakan mengutuk mereka yang mengambil tindakan untuk membuat ugutan tidak bertamadun dan ganas itu.
"Kami mungkin mempunyai pandangan dan pendekatan politik berbeza, tetapi perbezaan itu mestilah diselesaikan secara beradab dan diterima masyarakat," katanya.
Kelmarin, Karpal Singh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang berhubung surat yang mengandungi dua butir peluru hidup yang diterima di peti suratnya di 144A, Jalan Utama, Pulau Pinang. BERNAMA
Itulah akibatnya apabila hak-hak dan kebesaran raja-raja melayu dipertikaikan. Rakyat yang marah dengan tindakan beliau pasti ingin menunjukkan rasa marah yang teramat sangat. Sesetengah rakyat di Malaysia ini tidak lagi menghiraukan akan kedaulatan raja-raja melayu yang sepatutnya dipertahankan dengan segala bersungguh-sungguh.
Apabila raja kita sudah tidak dihormati lagi, apakah bangsa kita akan dipandang tinggi oleh kaum-kaum yang lain?
No comments:
Post a Comment