Wednesday, February 4, 2009

Taktik orang yang sudah kecewa

Perhimpunan besar sokong MB Perak

Abdul Rahim Sabri Feb 5, 09 1:00am

Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepadanya dalam menghadapi situasi tidak menentu politik negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang sedang berlaku.

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

"Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar, sejurus selepas mempengerusikan satu mesyuarat biro politik di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.


Kesimpulan saya;

Itulah kata-kata orang yang sangat kecewa setelah dipermainkan oleh permainan politik dunianya sendiri.. Sekarang Anwar hendak menggunakan taktik perhimpunan ala-ala politik Thailand. Mengeksploitasikan sokongan rakyat untuk buat satu perhimpunan yang tidak dapat mengubah apa-apa melainkan tunjuk perasaan saja. Itulah cara PKR..

No comments:

Post a Comment