Wednesday, February 25, 2009

RENUNGAN BERSAMA - Maksud singkatan "Akum"

Assalamu'alaikum!!!

Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum / Akum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform Akum dalam sms ataupun email.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "Akum / A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya

Saturday, February 21, 2009

Gerakan mahu polis lindungi Karpal Singh

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan hari ini menggesa polis supaya segera meningkatkan perlindungan bagi memastikan keselamatan Pengerusi DAP Karpal Singh dan anggota keluargannya, serta ahli politik lain yang menerima ugutan.

Setiausaha Agung parti itu, Teng Chang Yeow berkata ugutan yang dilakukan terhadap Anggota Parlimen Bukit Gelugor dan anggota keluarganya "adalah sesuatu paling mengejutkan dalam sebuah masyarakat bertamadun".

Beliau berkata Gerakan mengutuk mereka yang mengambil tindakan untuk membuat ugutan tidak bertamadun dan ganas itu.

"Kami mungkin mempunyai pandangan dan pendekatan politik berbeza, tetapi perbezaan itu mestilah diselesaikan secara beradab dan diterima masyarakat," katanya.

Kelmarin, Karpal Singh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang berhubung surat yang mengandungi dua butir peluru hidup yang diterima di peti suratnya di 144A, Jalan Utama, Pulau Pinang. BERNAMA
Itulah akibatnya apabila hak-hak dan kebesaran raja-raja melayu dipertikaikan. Rakyat yang marah dengan tindakan beliau pasti ingin menunjukkan rasa marah yang teramat sangat. Sesetengah rakyat di Malaysia ini tidak lagi menghiraukan akan kedaulatan raja-raja melayu yang sepatutnya dipertahankan dengan segala bersungguh-sungguh.
Apabila raja kita sudah tidak dihormati lagi, apakah bangsa kita akan dipandang tinggi oleh kaum-kaum yang lain?

Wednesday, February 4, 2009

Taktik orang yang sudah kecewa

Perhimpunan besar sokong MB Perak

Abdul Rahim Sabri Feb 5, 09 1:00am

Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepadanya dalam menghadapi situasi tidak menentu politik negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang sedang berlaku.

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

"Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar, sejurus selepas mempengerusikan satu mesyuarat biro politik di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.


Kesimpulan saya;

Itulah kata-kata orang yang sangat kecewa setelah dipermainkan oleh permainan politik dunianya sendiri.. Sekarang Anwar hendak menggunakan taktik perhimpunan ala-ala politik Thailand. Mengeksploitasikan sokongan rakyat untuk buat satu perhimpunan yang tidak dapat mengubah apa-apa melainkan tunjuk perasaan saja. Itulah cara PKR..