Monday, April 13, 2009

KJ TIDAK BERSALAH

Saya turut berdukacita dengan nasib malang yang menimpanya terutama pada ketika dia disisihkan daripada kabinet kerajaan Datuk Seri Mohd. Najib baru-baru ini.

Satu persoalan, mengapa Hanya KJ yang tertinggal tidak berjawatan dalam kabinet ini, sedangkan ketua sayap-sayap Umno iaitu wanita dan puteri yang lain semuanya disenaraikan dalam barisan kepimpinan baru Najib ini? Bukankah ini berlaku ‘double standard’ dalam kepimpinan baru UMNO?

Pendapat saya, tidak mustahil KJ bakal menerima nasib yang sama seperti Isa Samad dahulu. Mengapa Tun tiba-tiba menyertai UMNO setelah penyerahan kuasa Paklah kepada Datuk Seri Mohd. Najib? Yang pasti tidak ada sebab untuk Tun kembali kepada UMNO setelah sekian lama menghentam parti dan kepimpinan Paklah tanpa apa-apa maksud.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Dr. Mahathir menyemak senarai kabinet Najib sebelum perdana menteri bertemu dengan Yang Dipertuan Agong. “Mahathirism” kini menguasai kabinet Najib.

KJ difitnah dan disabitkan dengan rasuah supaya Razali Ibrahim diletakkan untuk memangku jawatan Ketua Pemuda Umno sehinggalah pemilihan parti tersebut pada masa akan datang. Beginilah permainan politik segolongan orang UMNO sendiri.

Sejarah bakal berulang, bukankah ini pernah berlaku dahulu? Dato’ Hishamuddin Hussein memangku pergerakkan Pemuda Umno apabila Zahid Hamidi membantah pemecatan Anwar Ibrahim dahulu. Apakah kita sudah lupa?

Saya turut bersedih, yang nyata KJ TELAH DIANIAYA DAN DITUDUH RASUAH OLEH GOLONGAN TERTENTU AKIBAT KONSPIRASI POLITIK. KJ bukan orang pertama dan bukan juga orang terakhir, rakyat pasti akan dapat melihat kebenaran satu hari kelak.

Sunday, April 5, 2009

KJ memangkin semangat rakyat agar sayangkan UMNO dan BN.

Petang tadi kami bersama di kem Gerakan Umno Cawangan di salah satu kampung di Bukit Gantang. KJ begitu bersemangat dan amat komited terhadap perjuangan parti serta tegas bahawa UMNO tidak boleh diperlekehkan oleh Pakatan Rakyat yang sekarang ini amat taksubkan ideologi pemimpin mereka yang suka mengekspoitasikan konsep kuasa rakyat demi kedudukan dan pangkat dalam politik.

Sekiranya PAS benar-benar memperjuangkan kuasa rakyat dan memperjuangkan Islam, mereka tiada cara lain selain daripada bergabung dengan kerajaan dan BN bagi merealisasikan apa yang mereka impikan. Sejak dari dulu lagi UMNO sentiasa memujuk mereka untuk bersama memperjuangkan Islam dalam barisan nasional, tetapi PAS terlalu angkuh dan sombong.

Bagi mereka, lebih baik bekerjasama dengan Pakatan Parti Kafir DAP untuk membentuk kerajaan Islam daripada bergabung dengan saudara seagama sendiri dalam UMNO. Mereka lebih mengutamakan pendirian ego mereka daripada menampakkan yang mereka menerima pendapat lain selain daripada kalangan mereka sendiri. Itulah PAS yang sentiasa berpura-pura untuk menunjukkan yang mereka adalah pejuang Islam.

Dalam ucapan KJ lagi, sebagai rakyat yang mempertahankan maruah dan kedaulatan raja-raja melayu, mereka harus menolak pakatan rakyat. Ini kerana pakatan rakyat tidak sekali-kali akan mempedulikan penderitaan rakyat melainkan hanya membuat provokasi ke atas BN atas alasan kuasa rakyat.

Kita wajib menyelamatkan negeri kita daripada dijajah pembangkang yang sebenarnya dikuasai DAP. Jangan kita berpatah arang kepada usaha untuk membangunkan kawasan kita dan membuat perubahan yang kita inginkan dengan memilih pakatan rakyat sebagai jalan penyelesaian.

Bantulah BN untuk membantu diri kita sebagai rakyat yang berhak dalam mengecapi kemajuan dan kemakmuran di negara kita.