Tuesday, March 31, 2009

Bagaimana hendak majukan Batang Ai sedangkan Permatang Pauh masih mundur?

SERAMAI 10 ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai telah melawat kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini bagi melihat dengan mata sendiri tahap pembangunan dan suasana kehidupan penduduk di kawasan itu.

Rombongan berkenaan diketuai ‘orang kuat’ Presiden PRS Datuk Sri Dr James Masing iaitu Jackson Melintang.

Selain daripada penulis, turut serta dalam lawatan itu ialah Penghulu Jaul Lutau, Kaunselor Gerang Jubin, Kaunselor Jugat, Kaunselor Temeling Jua, Kaunselor Nyelang Jimbau, Naka Indap, Jyanita Melai, Roselind Lanyau dan Jimbun Tawai.

Sebaik sahaja menjejak kaki di Bumi Permatang Pauh – kawasan yang ditadbir oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail, ahli rombongan kami tergaman sejenak apabila melihat kemunduran dan kedaifan penduduk kawasan itu.

Kami seakan tidak percaya apabila kebanyakan rumah yang didiami penduduk terutamanya kaum Bumiputera dalam keadaan daif. Maka tertanya-tanya dalam sanubari penulis apa yang dapat dilakukan Anwar untuk memajukan Batang Ai sebagaimana dalam ucapan kempennya sedangkan kawasannya yang sepatutnya dimajukan oleh mereka suami isteri selama 27 tahun masih mundur manakala rakyatnya pula hidup dalam serba kekurangan.

Kawasan yang dimaksukan ialah Kampung Bagan Serai yang terletak di Seberang Prai, Pulau Pinang. Sebaik tiba di perkampungan itu, rombongan kami melihat tiga wanita sedang membuang kepala ikan bilis untuk dijadikan sambal nasi lemak untuk dijual.
Ditanya tentang keadaan setelah pembangkang mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, penduduk salah seorang wanita berkenaan menyatakan bahawa keadaan mereka sekarang lebih susah sekarang.

“Lihatlah keadaan kami yang tidak diambil peduli oleh kerajaan yang memerintah ketika ini.
Jadi untuk menampung kehidupan, kami sekeluarga terpaksa berniaga secara kecil-kecilan."
“Untuk mengharapkan wakil rakyat kami iaitu saudara Anwar mengubah kehidupan dan menaikkan taraf ekonomi kami jangan haraplah,” ujarnya.

Tambah wanita itu lagi, sejak diwakili pasangan suami isteri itu (Anwar dan Wan Azizah), penduduk belum lagi merasai kesenangan malah banyak janji yang diluahkan sebelum ini tidak ditunaikan.

Untuk menyelami masalah penduduk dengan lebih mendalam lagi, penulis turut menemui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Jalan Huseein Onn, Mustaffa Ismail.

Menurut Mustaffa, Anwar bercakap tidak serupa bikin apabila banyak janji-janjinya dengan penduduk-penduduk di kawasan itu tidak pernah ditunaikan.
“Orang seperti saudara Anwar ini memang suka berjanji tetapi tidak pernah ditunai dan anda di Sarawak jangan percaya dengan dia (Anwar),” katanya.

Pada masa yang sama, katanya Anwar juga memetingkan diri kerana kerana setelah berjaya menawan Permatang Pauh, beliau akan balik semula ke Kuala Lumpur dan jarang menjenguk kawasan pilihan rayanya terutama di Bagan Serai.

“Isterinya, Wan Azizah hanya tiga kali melawat kampung ini sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat kawasan ini,” katanya.

Mustaffa berkata, beliau sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak kerajaan tentang sistem perparitan di kampung itu yang kurang sempurna tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Akibatnya, 18 kali rumah yang terletak di tepi jalan itu dimasuki air, jelasnya.
“Aduan kami memang tidak pernah dipedulikan oleh Anwar, jadi macam mana dia boleh menyelesaikan masalah di Batang Ai”.

Menurutnya, aduan berhubung masalah parit di kampungnya itu juga pernah disiarkan dalam akhbar tempatan namun tiada tindakan susulan diambil.

Kemudian rombongan kami telah dibawa oleh pengiring kami ke pekan Permatang Pauh.
Daripada pengamatan, pekan Permatang Pauh bolehlah dikatakan sebagai ‘pekan tidur’ berikutan kebanyakan kedai di pekan itu ditutup.

Menurut pengiring kami, kebanyakan kedai di pekan itu ditutup berikutan kekurangan pelanggan memilih pekan itu sebagai tempat untuk membeli-belah.

“Ya banyak kedai di pekan ini ditutup walaupun ditampal iklan di merata-rata tempat kepada orang ramai untuk disewa namun tidak mendapat sambutan."

Begitu juga dengan keadaan pasar di sekelilingi kawasan Permatang Pauh yang masih berbentuk lama.
sumber: utusan sarawak

Friday, March 20, 2009

DARI JANDA BAIK KE LAUT CINA SELATAN

Oleh : Pak Habib

Pada hari Jumaat 27 Februari, saya sedang duduk di beranda rumah saya di Janda Baik. Sambil itu saya perhatikan pohon-pohon yang telah saya tanam.

Bagi saya ia adalah sesuatu yang sangat mengembirakan, kerana pohon-pohon yang saya tanam, ada yang sudah berbuah, ada yang berbunga lebat mengharumkan taman bagi pelawat Taman Hana Wadi Hussien. Tidak cukup dengan itu, ada juga pohon yang saya tanam yang telah kuat, tinggi, dan memberikan keredupan disamping hembusan angin yang nyaman.

Namun begitu yang paling menarik hati saya adalah pohon-pohon yang menarik perhatian burung-burung dan rama-rama. Sambil melihat burung yang berbagai warna dan rupa, saya dengar juga mereka berkicauan, dan aluan bunyi-bunyian yang mereka nyanyikan begitu indah sekali bila dipadukan dengan bunyi air sungai yang mengalir.

Sambil memegang secawan kopi jahe dari Surabaya yang aromanya memenuhi ruang minda saya seakan akan terasa hanyut dalam fikiran. Hebat benar Allah yang menciptakan dunia ini, begitu indah buat manusia, namun tangan-tangan manusia yang tidak bertanggung-jawab boleh mengakibatkan kucar-kacir. Bila mana saya memikirkan keindahan alam dan peranan manusia untuk bercucuk tanam dan memakmurkan alam ini, saya hampir-hampir terlupa akan penyakit Chikunkunya yang saya deritai. Sudah lebih sebulan ia datang dan pergi, namun belum ada tanda-tanda yang ia mahu pergi buat selamanya. Saya harus mengatakan, virus Chikunkunya yang saya deritai ini sangatlah menyiksakan, lebih-lebih lagi pada umur begini, namun begitu pengajaran yang saya mampu pelajari darinya, mungkin tidak ternilai.

Saya dapati bahawa virus adalah seperti kejahatan yang mesti kita perangi tanpa toleransi, jika kita tidak berjaya menewaskanya secara total, maka ada kemungkinan yang ia juga berehat, menguatkan diri lalu bersiap untuk mengunyah kita kembali. Saya pelajari erti kesabaran, seperti kata Nabi Ya’kub dalam Surah Yusuf, sabrun Jamil, kesabaran itu indah? Saya tertanya-tanya, bagaimanakah Nabi ini, seorang manusia biasa mampu mengatakan sabar itu indah bila baginda telah kehilangan anaknya Yusuf yang paling dikasihi?

Bila memikirkan kisah Yusuf yang ditulis indah seperti sebuah novel dalam Al-Quranul karim, saya mula ternampak, sedikit demi sedikit erti kata sabar itu indah. Baginda Nabi Yusuf yang dikurniakan kehebatan menafsir mimpi, kepandaian aqal dan juga wajah yang handsome ini ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang hebat dalam hidupnya.

Dan sesungguhnya Tuhan memang ada jadualnya yang tersendiri. Kisah Nabi Yusuf ini menarik minat saya kerana Baginda mempunyai abang-abang yang sangat irihati terhadapnya. Baginda terpaksa melalui berbagai rintangan dan halangan, dibuang ke perigi, lalu dijual sebagai hamba. Diuji lagi dengan kasih Zulaikha, lalu sanggup ke penjara, namun bila sudah jadual Allah tiada yang mampu menghalang kejayaan Baginda. Kehebatan menafsir mimpi menunjukkan bahawa Nabi Yusuf mempunyai A beautiful Mind, disamping rancangan beliau apabila akhirnya saudara- saudaranya yang iri hati terpaksa mengakui kehebatan beliau. Mungkin ini yang dikatakan jadual Allah.

Sabrun jamil, itulah tema Surah Yusuf. Konsep sabar ini penting kerana ia lebih dari menahan tohmahan, serangan mulut dan sebagainya, bahkan kesabaran inilah yang diperlukan satu-satu individu demi berjaya, iaitu sabar sehinggalah cita-cita mampu tercapai.

Saya amat tertarik dengan tema pemuda dalam Al-Quran ini. Saya suka baca kisah Ashabul kahfi tentang belia yang melarikan diri daripada Raja yang zalim lalu Tuhan menyelamatkan mereka didalam gua, ditidurkan selama 309 tahun. Begitu juga Talut yang mengetuai kumpulanya melawan askar-askar Jalut. Keberanian dan idealisme dalam pemuda mampu menggegarkan negara, jika tidak dunia. Di Malaysia saya telah mengikuti kisah Pemuda sejak dulu lagi. Saya tuliskan buku Pemuda di zaman Mahathir pada 1982, meletakkan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelah Datuk Seri Najib.

‘Berikan aku seribu orang tua, dan aku mungkin bisa bercucuk tanam di atas gunung, tapi berikan aku sepuluh pemuda, akan aku gegarkan dunia” - Sukarno.

Hari ini kedua-dua Pemuda di zaman Mahathir ini mewarnai corak politik negara. Pada 2004, di zaman Pak Lah pula saya menggandingkan Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir, maka kita harus memikirkan, ke manakah Pemuda akan membawa negara Malaysia? Mungkin ramai yang tidak nampak, tetapi perang antara Khairy dan Mukhriz ini, lebih dari sekadar petandingan memilih Ketua Pemuda, ia adalah pertandingan memilih antara dua sistem. Ia lebih dari perang antara Mahathir dan Pak Lah, kalau saya boleh menyebutnya, ia adalah perbezaan diantara ideologi Pak Lah dan Mahathir.

Pemilihan ini akan menguji sama ada UMNO sedia untuk menghadapi cabaran di era langit terbuka, di mana rakyat sedang melalui proses kematangan dalam politik. Pemuda harus membuat pilihan, sama ada mengekalkan sistem command and control seperti zaman Mahathir, yakni menyekat kebebasan media, mengetatkan auku, dan juga menjadikan urusan UMNO seperti urusan keluarga, atau adakah UMNO sedia untuk meneruskan dengan keterbukaan era Pak Lah? Keterbukaan Pak Lah ini mungkin telah makan diri sekiranya kita memandang bagaimana projek Islam Hadhari tidak menjadi akibat kedangkalan pemikiran sesetengah pihak.
Juga kalau kita perhatikan bagaimana permainan busuk hati bloggers yang bermain dengan cerita rekayasa, seperti hikayat Khairy, cerita dogeng yang disiarkan di Malaysia today, namun niat dibelakangnya begitu kejam sekali.

Juga jangan lupa pada peranan Mahathir yang terus-menerus menyerang Pak Lah sedangkan dia sendiri sudah bukan lagi menduduki kerusi Perdana Menteri. Tidak cukup dengan serangannya melalui blog dan ceramahnya, Tun sanggup mengunakan Mukhriz sebagai mouthpiece demi menjatuhkan Khairy Jamaluddin yang dijadikan kambing hitam (scapegoat).
Pada hari ini, mungkin ada yang menyangka saya tidak bertimbang rasa, menjadikan Tun Mahathir yang sudah tua sebagai sasaran. Mungkin mereka tak tahu, Melayu mudah lupa, Mahathir mudah lupa. Bagaimana Tun diserang habis-habisan oleh kaki kacau zamannya yang bergabung dengan pembangkang. Cuba baca balik dua bab yang saya siarkan dalam buku ini, Post skrip dan juga Ulama melihat tikus lebih besar dari gajah. Terbukti, sejarah berulang lagi, Anwar melakukan benda yang sama, yang berbeza hanyalah pakaian. Kalau dulu wujud Semangat 46, hari ini PKR. Saya sebagai penulis sekadar mendokumentasikan disamping mengingatkan supaya apa yang berlaku di zaman Mahathir, di zaman Pak Lah tidak akan berulang di zaman Najib.

Seperti kata Datuk Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, yang merosakkan UMNO adalah ahlinya sendiri. Kita berada di zaman era langit terbuka, bilakah Melayu nak buang perangai hasad dengki dan menjadikan semua pemuda bijak pandai sebagai Hang Nadim, sedangkan yang perlu dibuang ke laut adalah penderhaka seperti si tanggang?

Perhatikan bagaimana di era Pak Lah, kabinetnya sendiri menghantar memorandum kepada beliau, dan orang-orang Mahathir yang kekal menimbulkan masalah dengan isu AP dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, wujud pihak seperti Mukhriz yang mahukan Pak Lah meletak jawatan, di samping Anwar yang melakukan political stuntnya dengan janji kosong 16 September.

Sukar mahu menyangkal di sini bahawa Pak Lah merupakan mangsa permainan kaki kacau. Akan tetapi hebatnya Pak Lah di sini apabila beliau tetap consistent, atau istiqamah dengan dasar keterbukaan.

Lihatlah Pemuda yang telah dihasilkan di zaman Pak Lah dan kita akan kagum, bagaimana Khairy Jamaluddin sanggup masuk ke kubu kuat PAS demi bermuzakarah dengan Datuk Husam. Dasar keterbukaan ini mungkin membawa padah kepada cita-cita politik Pak Lah, tetapi dari awal lagi, Pak Lah telah mengatakan dia tidak ambitious, tidak pernah meminta untuk menjadi Perdana Menteri.

Dasar keterbukaan ini mungkin bahaya pada peringkat pertama, diketika pemikiran rakyat masih lagi geram dengan minda Utusan Malaysia atau mana- mana lagi media kerajaan dan akan terima apa sahaja kata bloggers dan media alternatif. Tapi lama kelamaan, rakyat Malaysia akan mula matang dengan pemikiranya dan akan lebih bertangungjawab dalam pemilihan.
Di Mukadimah saya menulis tentang sistem dwi parti yang akan gagal kerana ia mampu memecah-belahkan negara bila semangat musyawarah tidak ditanam. Namun Islamisation terhadap sistem dwi parti ini mungkin mampu menghasilkan sebuah yang baik sekali untuk negara, seperti muzakarah Khairy dan Datuk Husam itu tadi. Dan yang terbaru apabila beliau menyahut cabaran Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk mendebatkan PPSMI.

Rakyat yang pemikiran politiknya lebih matang akan mampu memastikan keberkesanan dalam pentadbiran. Akan wujud kembali raja adil raja disembah dan raja zalim raja disanggah. Akan tetapi lain pula pendekatan UMNO Mahathirism yang mengutamakan command and control. Mereka mahukan pemilihan UMNO jadi urusan parti, terlupa bahawa ahli Pemuda UMNO hanyalah 700 000, sedangkan Pemuda di seluruh Malaysia melebihi 7 juta. Inilah yang dikatakan a state within a state.

Kata Khairy dalam interviewnya bersama Nutgraph, UMNO perlukan lebih inclusivity. Andaikata lebih ramai lagi belia yang menjadi ahli UMNO, UMNO akan jadi parti yang lebih relevan kepada Melayu dan Malaysia.

Bila Barisan Nasional menghadapi kekalahan terburuk dalam sejarah pada March 2008, mereka harus sedar tentang keangkuhan kuasa bahawa pada hakikatnya manusia tidak berkuasa, dan bila-bila sahaja Tuhan mampu mengambilnya. Musa Hitam mengatakan UMNO adalah parti tua dan sakit tenat, tetapi terlupa yang tenat, yang tua dan yang membawa masalah adalah ahli-ahli yang bertindak sebagai virus.

Musa Hitam dulu Timbalan Perdana Menteri, merajuk dan letak jawatan. Nak tahu siapa Musa, baca Musa derhaka dan juga Challenger siapa lawan siapa. Dulu waktu Pak Lah berkuasa, berlagak jadi penasihat Pak Lah, sekarang bila Pak Lah nak turun bagaimana sikapnya? Berhentilah jadi kaki kacau di zaman Najib.

Kalau ada 3 musketeers di zaman Mahathir, di zaman Najib juga akan ada 3 musketeers yang melindungi institusi UMNO. KJ selaku d’artagnon, apakah Datuk Norza Zakaria, ahli EXCO yang paling lantang akan berdiam diri, begitu juga Syed Ali Al-Habshee the president man?
Pada kejadian ini, tidak kira sama ada rakyat mengundi Pakatan Rakyat sebagai undi protes terhadap Barisan, mahupun mereka sudah bertukar haluan, akan tetapi yang penting adalah agar UMNO/Barisan terus relevan, mereka harus selangkah dengan kemahuan rakyat pada era ini.

Rakyat tidak mahukan lagi sebuah parti politik yang beri wang salah tak beri wang kalah, tidak mahu lagi parti yang mengutamakan ahli politiknya keatas rakyat. UMNO dulu tidak selalu begitu, satu ketika dulu, ia merupakan sebuah parti yang mengutamakan kemasalahan rakyat, pertandingan merupakan pertandingan untuk menyenangkan rakyat. Akan tetapi bila UMNO sudah dijangkiti virus struggle for power ini, ia seakan-akan terkena virus Chikukunya yang susah benar mahu betul-betul pulih darinya. Ia hanya mampu dipulih dari dalam, kerana antibiotik dari luar hanya akan menguatkannya. UMNO hari ini beruntung, kerana lawannya iaitu Pakatan Rakyat pun mempunyai masalah dan keretakan ideologi, akan tetapi mereka harus sedar rakyat yang sudah fed-up akan mencari parti yang mampu memberi keperluan mereka.

Ingatlah, Barisan sekarang berada dalam keadaan tertekan, selepas Mac 2008, Kuala Terengganu, Barisan semakin tertekan, dan sekarang wujud pula kata-kata yang Bukit Gantang dan Bukit Silambau akan menjadi medan perhakiman.

Bila Najib Tun Razak nanti mengambil teraju pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional, UMNO akan diberikan peluang baru untuk memperbaharui kepimpinan rakyat. Ia diharapkan ajaran dan semangat Tun Razak akan hidup di dalam Datuk Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi Najib harus fikirkan juga, apakah nasib UMNO/Barisan akan datang, adakah ia akan tetap mempunyai daya saing?

Sudah 27 tahun sejak saya menulis Pemuda di zaman Mahathir. Kalau ada suatu pengajaran yang mampu saya sampaikan, ia adalah politics is the game of the possible, macam-macam boleh berlaku dalam sekelip mata. Sudah hampir 6 Perdana Menteri Malaysia, 3 darinya merupakan Ketua Pemuda, dan 3 darinya bukan. Ramai Ketua Pemuda yang hebat-hebat seperti Datuk Haron dan Datuk Jaffar Albar tidak pun menjadi Perdana Menteri. Begitu juga Tun Saadon dan Datuk Senu. Sementara itu, Rahim Tamby Chik pula terpaksa berhenti sebagai Ketua Pemuda, Syed Hamid Albar pula pernah bertanding tapi menarik diri di saat-saat akhir. Mungkin dia tidak sehebat ayahnya, Singa UMNO.

Mudah-mudahan mereka yang seperti kereta chasis bengkok pergilah cermin diri. Belajar sedar diri. Sudah tak relevan untuk zaman Najib, berilah peluang bagi darah muda. Jangan sampai orang katakan ‘awak sudah tertinggal bas,antara sebab awak susah sangat hendak menang, selain tidak mesra rakyat,sama sekali tidak mesra penulis yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Kalau penulis-penulis semua tidak senang dengan awak tu, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah’

Khairy Jamaluddin berkata seandainya dia kalah pemilihan kali ini, dia mahu Pemuda bersatu. Dia akan menyokong siapa saja yang menang dan merapatkan Barisan. Inilah sifat-sifat Sabrun jamil, kesabaran itu indah. Beliau sudah pun melalui berbagai-bagai ujian, jalan memang tidak mudah bagi sang pejuang. Bak kata Pak Lah, ia hanya sebuah permainan. Yang penting, kukuhkan Pemuda.

“Jangan ambil hati terhadap apapun, kerana semua itu adalah permainan. Dan ia bukannya pun mengenai kehidupan mu. Itu bukan hidupmu. Hidupmu adalah keluargamu, hidupmu adalah kesejahteraan dirimu sendiri. Itu semua adalah satu permainan, permainan di mana anda turut terlibat di dalamnya kerana anda mahu melakukan sesuatu untuk negara. Dan malangnya, untuk membantu negara, anda terpaksa menjadi sebahagian daripada permainan ini. Anda boleh berhenti bermain bila-bila masa pun sekiranya anda mahu dan meninggalkan sahaja permainan ini. Bukan ada orang pun yang menyuruh anda turut sama menyertai permainan ini. Anda turut sama berada dalam permainan ini kerana kemahuan dan pilihan anda sendiri”- Pak Lah

Sehabisnya episod pemikiran saya ketika dibawa aroma kopi jahe Surubaya, dari balkoni tingkat atas kamar tidur saya, saya pun turun ke bawah, ke tepi sungai. Saya perhatikan air yang mengalir jernih dari hulu Sungai Pahang yang sedang menuju ke Kuala Sungai Pahang, terus ke Laut Cina Selatan.

Perjalanan hidup yang seperti anak sungai yang berliku-liku mengambil waktu yang sangat panjang untuk ke destinasi yang di tuju. Begitulah perjalanan Datuk Najib yang saya kenal 27 tahun dahulu ketika beliau memegang jawatan Naib Ketua Pemuda dan Anwar Al-Gujerati menjadi Ketua Pemuda.

Dengan pantas sekali waktu berlalu akhirnya Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri, lalu tersungkur ke Penjara Sungai Buloh. Tuhan tidak pernah zalim. Allah Maha Mengetahui namun Anwar tidak mahu belajar, tidak ada sifat Sabrun jamil. Kini Najib sudah menjadi Presiden UMNO dan insya-Allah menjadi Perdana Menteri.

Di saat ini, saya pasti Datuk Najib sudah letih, sudah penat, saya juga penat, tetapi hidup mesti diteruskan. Dunia adalah sebuah pentas sandiwara, siapa kalau bukan Tuhan yang menjadi pengarahnya. Tiba-tiba saya teringat kata-kata Rocky Balboa lakonan Sylvester Stallone, filem yang saya tonton bersama anak saya Habeeb Oumar Al-attas di TV. Barangkali kata-kata semangat ini boleh diguna pakai oleh Najib, Pemuda, dan siapa sahaja yang ingin berjaya di dalam hidup termasuk saya sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri. - Al-Quran.

Dunia ini bukanlah hanya berkenaan sinaran suria dan pelangi. Ia adalah sebuah tempat yang kejam dan ada kalanya zalim, dan ia tak peduli anda segagah mana sekalipun, ia akan memukul anda sehingga ke lutut dan membuatkan anda berlutut selamanya, jika anda membenarkan ianya berlaku sedemikian. Anda, saya atau sesiapa sahaja, akan memukul anda sekuat kehidupan. Ia bukannya mengenai betapa kuat anda boleh memukul tetapi betapa kuat anda akan dipukul, tetapi masih boleh maju tanpa menyerah kalah. Itulah cara bagaimana kemenangan diperolehi. Oleh itu, sekiranya anda rasa anda kuat, keluarlah dan buktikan kekuatan anda. Tetapi anda harus sanggup menerima segala pukulan. Dan bukannya menuding jari dan mengatakan: Anda gagal menjadi orang yang anda mahu jadi akibat angkara orang lain. Hanya sipengecut saja yang melakukan sedemikian!

The world aint all sunshine and rainbows. Its a very mean and nasty place, and i dont care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently, if you let it. You,me or nobody, is gonna hit you as hard as life. Buy ain’t about how hard you hit, its about how hard you can get hit, and keep moving forward.

How much you can take, and keep moving forward. Thats how winning is done. Now, if you know what you’re worth, go out there and get what you’re worth. But you gotta be willing to take the hits. And not pointing fingers saying: You ain’t what you wanna be because of him or her or anybody. Cowards do that and that ain’t you! You’re better than that!”- Rocky Balboa

Saya akhiri buku ini dengan kata-kata:

Mengkritik tidak bererti menentangMemuji tidak semestinya menyokongMenegur tidak bermakna membenciDan berbeza pendapat adalahkawan berfikir yang baik.

Sunday, March 15, 2009

PPSMI: Hanya pakar sains dan metematik layak memberi pandangan

Oleh Syed Shatir Asghrar Syed-Hassan

SEJAK akhir-akhir ini isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan di seluruh pelusuk negara. Selepas beberapa tahun ianya diperkenalkan hanya baru-baru ini timbul satu gerakan besar-besaran meminta kerajaan menghapuskan perlaksanaan dasar ini. Mungkin perasaan ketidakpuasan hati mereka sudah meluap-luap agaknya.

Apa-apa pun saya lebih suka melihat isu ini di luar konteks politik. Cuba kita lupakan sejenak siapa dan parti mana yang mengilhamkan dasar ini bagi mengelakkan bias dan bagi mendapatkan satu jawapan atau keputusan terbaik untuk masa depan generasi masa depan kita.

Sains dan matematik adalah ilmu asas yang perlu ada bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Bidang sains dan teknologi pula adalah satu bidang yang terpenting di dunia pada masa kini. Bidang yang perlu dikuasai oleh setiap negara.


Penguasaan sains dan teknologi dapat menjadikan sesebuah negara itu menjadi berkembang dan maju. Sains dan teknologi juga amat penting untuk penyelesaian masalah-masalah dunia seperti dalam pencarian sumber tenaga baru dan juga pencarian vaksin pencegah wabak.

Saya sebagai salah seoarang yang berkecimpung dalam bidang sains dan teknologi ini merasakan perlunya mata pelajaran sains dan matematik diajar dan dipelajari dalam bahasa Inggeris.
Saya dan mereka yang seangkatan dengan saya sudah merasai perit jerih untuk mengadaptasi pembelajaran dalam bahasa Inggeris di universiti sesudah mengenal sains dan matematik dalam bahasa Melayu di peringkat sekolah.


Sehingga tingkatan lima, dengan mudah saya memperolehi bacaan-bacaan dalam bahasa Melayu, tetapi apabila pergi ke alam universiti, semua rujukannya berbahasa Inggeris.
Tuhan saja yang tahu betapa kekok dan susahnya mengalami proses perubahan yang mengejut itu. Kalau boleh, saya tidak mahu melihat generasi masa depan mengalami nasib yang sama seperti mana yang saya alami.


Mengapa kita perlu PPSMI? Sains dan teknologi adalah cabang ilmu yang bergerak begitu pantas. Hampir setiap hari ada penemuan baru. Penemuan-penemuan ini biasanya diistilahkan dalam bahasa Inggeris dan istilah tersebut amat mungkin tiada lagi tafsirannya dalam bahasa kita. Saintis-saintis kita kemudiannya akan mencari istilah sesuai untuk penemuan tersebut.

Ini sudah pasti mengambil masa. Dalam pada kita mencari istilah tersebut, orang lain sudah menjumpai penemuan yang lebih kehadapan. Kita masih mencari istilah yang sesuai. Selama-lamanya kita akan terkebelakang dalam hal ini.

Kita perlu akui bahawa untuk menguasai sesuatu cabang ilmu itu perlukan penguasaan yang tingi dalam bahasa ilmu itu. Sebagai contoh, untuk mendalami ilmu agama ke peringkat yang tinggi, kita memerlukan mereka yang boleh menguasai bahasa arab dengan baik.

Ini kerana banyak kitab-kitab ditulis dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan sains dan teknologi. Hakikat yang perlu diakui adalah bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu bagi sains dan teknologi pada masa kini.

Saintis-saintis negara lain sebenarnya menerima hakikat atas perkara ini. Bahasa inggeris diakui sebagai medium komunikasi saintis-saintis dunia. Saintis-saintis dari negara China dan Jepun juga sekarang ini berlumba-lumba mengusai bahasa inggeris.

Di zaman kegemilangan empayar Islam, memang benar dikatakan bahasa ilmu ketika itu adalah bahasa arab. Bangsa-bangsa lain sudah pasti harus mempelajari bahasa arab untuk menerokai ilmu tersebut. Walaubagaimanapun, masa telah berubah. Bahasa ilmu bertukar dari zaman ke zaman. Sekarang ini bahasa Inggeris menjadi bahasa ilmu untuk sains dan teknologi.

Tidak mustahil suatu hari nanti jika seseorang yang ingin mendalami ilmu pengajian Islam perlu menguasai bahasa Inggeris di samping bahasa Arab dengan mantap kerana semakin banyak rujukan dalam bidang ini ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ada mereka di luar sana berpendapat, kalau nak mahirkan bahasa Inggeris tidak semestinya belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kita boleh tambah masa pembelajaran untuk mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Bagi saya, mereka ini tidak faham hujung dan pangkal.

Suka saya tekankan, English for communication, Business English, English for Science and Technology dan banyak lagi English itu perlukan skil-skil yang berbeza. Kalau boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik belum tentu dapat memahami artikel-artikel dalam bidang sains dan teknologi.

Saya sudah acap kali bertemu bangsa Inggeris yang menanyakan tentang bidang yang saya ceburi. Bila saya memberi penjelasan, mereka akan kata: Can you please explain in simple English? Its too technical!

Kalau bangsa Inggeris sendiri tidak dapat memahami istilah-istilah sains dan teknlogi, apatah lagi kita yang menggunakan bahasa Melayu?


Sudah tentu caca marba jadinya kalau setiap satu hendak diterjemahkan. Di bawah ini saya sertakan contoh bahasa Inggeris yang digunakan dalam bidang saya.:

  • Catalytic oxidative dehydrogenation of light alkanes
  • Non-reducible complex metal oxide
  • Catalytic partial oxidation in a circulating fluidized-bed reactor
  • Irreducible mass-transport limitations
  • Flash-pyrolysis in a cyclone reactor

Saya akui saya tak mampu menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu yang boleh difahami. Ini hanya sebagai contoh. Banyak lagi istilah-istilah dalam bidang lain. Sains dan teknologi itu sendiri sangat luas.

Untuk memudahkan penterjemahan akhirnya dimelayukan saja istilah-istilah inggeris tersebut. Maka jadilah seperti perkataan-perkataan reformasi, dekadensi,informasi, farmasi, universiti, sosiologi dan banyak lagi. Mengapa tidak digunakan saja bahasa Inggeris kalau begitu?
Di sini saya ingin menekankan bahawa perlunya istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa inggeris didedahkan kepada anak-anak kita dari kecil.

Supaya nanti bila ke universirti tidak menjadi terkejut seperti mana yang saya alami. Akan hilangkah kemelayuan kita kalau belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris?

Saya rasa tidak mungkin sama sekali. Saintis-saintis berketurunan Cina atau Jepun di universiti-universiti terkemuka dunia masih tebal kecinaan dan kejepunan mereka walau mereka sudah mampu berbahasa inggeris lebih baik baik dari orang Inggeris sendiri.
Tiada cacat tiada celanya kecinaan dan kejepunan mereka. Saya boleh berkata begini kerana penyelia PhD saya dan rakan-rakan saya adalah berbangsa China.

Mereka sendiri akui perlunya menguasai bahasa Inggeris untuk menjadi saintis dan teknologis yang hebat. Mengapa kita tidak boleh menerima hakikat ini? Ada seorang penulis blog kata bangsa Iran tak belajar dalam bahasa Inggeris pun boleh buat roket dan vaksin.

Saya rasa penulis ini terlalu banyak bersastera sampai terlupa akan hakikatnya bahawa ramai pelajar-pelajar dari Iran sedang menuntut di Universiti-universiti dalam negara kita dan lain-lain negara. Saya juga ada rakan dari Iran.

Dia sendiri akui susah nak belajar dalam bahasa Inggeris sebab dulu di Iran dia tak pernah guna bahasa Inggeris. Bagi yang lebih bijak akan menunjukkan hasil-hasil kajian bahawa kononnya PPSMI gagal.

Murid-murid tidak mampu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka. Bunyinya semacam fakta-fakta ini cukup bijak dan sukar untuk ditangkis oleh mereka yang Pro-PPSMI. Mereka ini juga sebenarnya terlupa bahawa kajian ini dilakukan ke atas kanak-kanak sekolah.

Tujuan PPSMI bukanlah untuk meningkatkan keputusan UPSR kanak-kanak sekolah. Tujuannya amat jauh ke hadapan. Untuk meningkatkan penguasaan sains dan teknologi kita di masa akan datang.

Kajian-kajian ini tidak patut dijadikan rujukan. Sains dan matematik itu sendiri memang agak susah berbanding dengan mata pelajaran lain waima digunapakai bahasa Melayu sekalipun.
Kalau pengkaji menemubual kanak-kanak sekolah, sudah tentu mereka akan kata susah. Saya hairan dengan cara orang kita berfikir.

Terlalu pentingkan keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolah. Sebanarnya peperiksaan di sekolah itu tidak menjamin apa-apa pun masa depan anak-anak kita di masa depan.
Dah banyak saya saksikan pelajar cemerlang di peringkat sekolah tidak mampu menjadi pelajar cemerlang di universiti. Peringkat sekolah adalah lebih kepada peringkat latihan dan persediaan.
Kita patut gembira kalau semua pelajar dapat C dalam matapelajaran Sains di sekolah. Ini menujukkan adanya ruang untuk proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak itu.
Sepatutnya kita patut merasa risau kalau semua pelajar dapat A dalam subjek mereka. Ini menunjukkan silibus itu terlalu mudah dan tiadanya ruang mereka untuk menambahbaik. Kita patut berani belajar dari kegagalan.

Salah satu prinsip Leonardo da Vinci juga adalah belajar dari kegagalan. Lebih baik kanak-kanak ini merasa susah diperingkat awal dari bersusah di kemudian hari.

Sekiranya kajian ingin dilakukan ke atas keberkesanan PPSMI, saya cadangkan jangan jadikan pencapaian kanak-kanak sekolah sebagai satu parameter kajian. Sebaliknya tunggu mereka ini masuk universiti dan bergelumang dalam bidang sains dan teknologi di peringkat yang lebih tinggi.

Kalau dilihat balik, banyak yang menentang dasar PPSMI ini datangnya dari bukan yang berlatar belakangkan sains dan teknologi. Rata-rata adalah orang Arts.
Ini masalah sains dan teknologi!!!. Biarlah orang dalam bidang ini yang memberi pendapat. Perlu atau tidak perlunya sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Biarlah orang sains dan teknologi bertegang urat untuk mencari jawapan dalam masalah ini. Mereka lebih tahu dalam perkara ini.

Bagi mereka yang ingin memperjuangkan bahasa dan bangsa melayu, saya rasa banyak lagi yang boleh diperjuangkan. Mengapa tidak diperjuangkan penghapusan musik, filem dan program-program TV berbahasa Inggeris.

Kalau nak dibandingkan dengan PPSMI, musik, filem dan program-program TV Inggeris lebih banyak mudaratnya dan mampu mencemarkan budaya kemelayuan kita. Kepada orang-orang politik pula, lebih baik duduk diam tunggu apa kata pakar-pakar sains dan teknologi kita.

Pihak pembangkang sudah tentu tak setuju sebab boleh jadi bahan politik mereka. Bagi pihak kerajaan pula, kalau sudah terlalu takut undi hilang, mungkin sanggup buat keputusan yang tak populis. Akhirnya generasi ke hadapan kita yang akan rugi.

Sama-sama fikirkanlah…

Sunday, March 8, 2009

Apakah muslihat PAS menentang dasar PPSMI?

Sehingga kini saya masih tertanya-tanya kenapakah polimik Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik ( PPSMI ) menjadi isu yang dipolitikkan oleh PAS. Apa yang boleh saya katakan ialah :
Hanya Matematik dan Sains sahaja yang sedang dan akan diajar didalam Bahasa Inggeris ( BI ).Itupun disebabkan banyak terma-terma dan istilah-istilah terutama didalam pelajaran Sains yang lebih sesuai menggunakan Bahasa Inggeris. Berapa banyak buku-buku Sains dan Matematik yang sudah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia? Begitu juga dengan kamus lengkapnya? Cuba cari dikedai-kedai buku barapa banyak buku-buku Sains, Matematik dan Kejuruteraan diterjemah kedalam Bahasa Malaysia? Jika ada mungkin saya boleh mengubah pendirian menyokong, tetapi cubalah cari dikedai-kedai buku, ada tak ?
Untuk tahun-tahun mendatang Bahasa Inggeris akan menjadi Bahasa Keperluan Global dan masihkah kita hendak menjadi macam katak di bawah tempurung? Jangan jadi macam PAS kerana mereka hanya tahsub kepada ulama-ulama mereka sahaja. Islam PAS hanya melengkar untuk golongan ahli-ahli yang taksub dan jumub sahaja tanpa memikirkan orang-orang Islam yang lain yang tidak berminat dengan politik? Tak disangka pula Ustaz Hadi, seorang yang hebat dalam hal ehwal ugama sanggup menggelar mereka yang menyokong PPSMI ini sebagai golongan "celaka".
Adakah Ustaz Hadi pernah terfikir mereka yang menyokong PPSMI ini bukan semua penyokong politik? Pernahkah Ustaz Hadi memikirkan perasaan mereka apabila mereka digelar sebagai " golongan celaka "? Saya hendak bertanya kepada Ustaz Hadi dan Ulama-ulama PAS yang fasih berbahasa Arab. Semasa anda semua menuntut ditanah Arab, bahasa apa yang anda gunakan? Adakah dalam bahasa Malaysia atau Inggeris? Sudah pasti tidakkan? Jadi semasa anda semua belajar bahasa Arab, selepas kembali ketanah air adakah anda semua sudah tidak boleh berbahasa Melayu? Tidak bukan..masih boleh memahami dan menutur bahasa Melayu dengan baik bukan. Cuma loghat sahaja yang tak boleh ditukar. Boleh tanya pada Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Bagaimana tahap bahasa Malaysia mereka? Jadi apa masalah jika anak-anak kita belajar Bahasa Inggeris dan Sains dan Matematik?
Saya rasakan anak-anak kita tidak akan lupa bahasa ibunda mereka. Apa yang sebenarnya yang PAS nak politikkan? Adakah pemimpin-pemimpin PAS takutkan anak-anak yang bakal fasih menggunakan bahasa Inggeris ini yang menggugat mereka kerana rata-rata pemimpin PAS yang berlatar belakang bahasa Arab tidak fasih berbahasa Inggeris termasuklah Ustaz Hadi? Adakah disebabkan aku tidak belajar, maka kamu semua juga tidak perlu belajar? Adakah Ustaz Hadi dan pemimpin PAS yang lain takut dengan bayang-bayang sendiri?
Saya mengambil contoh terbaik mantan PM iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad. Adakah semasa zaman Tun belajar dahulu iaitu semasa zaman sebelum merdeka ,aliran yang digunakan adalah aliran bahasa Melayu. Tidak bukan malah aliran bahasa Inggeris diwajibkan kesemua sekolah-sekolah. Adakah semasa Tun menuntut di Singapura untuk menjadi seorang doktor pada masa menggunakan bahasa Melayu? Sudah tentu bahasa Inggeris bukan. Adakah Tun lupa akan bahasa Melayu selepas berjaya menjadi seorang doktor? Malah rakyat seluruh dunia kagum apabila Tun boleh berbahasa Inggeris dengan baik semasa memberi ucapan dimana-mana sahaja persidangan antarabangsa sehingga ada diantara mereka mengamati setiap patah perkataan yang Tun ucapkan. Bagi sesetengah mereka setiap patah perkataan yang Tun ucapkan adalah menjadi satu ilmu bagi mereka. Apakah PAS takut akan lahir lebih ramai lagi negarawan seperti Tun Dr.Mahathir?
PAS jangan takut kerana Bahasa Melayu/Malaysia masih menjadi Bahasa Kebangsaan. Apa masalahnya yang sebenar? Apakah disebabkan ada segelintir kecil yang membantah PPSMI, maka PAS akan mengambil kesempatan untuk menjadi juara dengan membantah isu tersebut? PAS memang bijak menggunakan isu ini untuk menanguk di air keroh. Tetapi tidak sampai hati pula nak mengatakan golongan-golongan PAS yang sedemikian sebagai " golongan celaka " kerana saya masih merasakan diri ini masih waras?
Kalau benar PAS dan sekutunya daripada PKR dan DAP mengutamakan bahasa Melayu, berapa kerap sangat ahli-ahli Parlimen mereka yang bukan Melayu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik bila berbahas? Ambil contoh Lim Kit Siang, lihat cara percakapannya. Adakah beliau mahir berbahasa Melayu setelah hidup dinegara Melayu ini sehingga sudah layak dipanggil warga emas? Begitu juga yang lain yang mana boleh dibilang dengan jari. Pernahkah Ustaz HAdi terfikir untuk menyuruh mereka mengambil kelas tambahan Bahasa Melayu sebelum masuk semula ke Parlimen? Atau Ustaz Hadi boleh memanggil mereka dengan panggilan " celaka " jika mereka masih " pelat "? Jadi sebelum Ustaz Hadi memanggil orang lain sebagai celaka, saya rasa eloklah Ustaz Hadi lihat kembali diri sendiri dan orang-orang yang berada didalam Pakatan Rakyat. Setelah berpuluh-puluh tahun tinggal di Tanah Melayu, lihatlah tahap pemahaman dan penggunaan Bahasa Melayu mereka? Adakah ini yang Ustaz Hadi hendak banggakan? Tepuk dada tanya selera.
Dan jika Ustaz Hadi masih hendak mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan PPSMI sebagai " golongan celaka ", apa masalahnya? Apa masalahnya jika saya mahu anak-anak kami mahir berbahasa Inggeris didalan matapelajaran Sains dan Matematik tanpa melupakan bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu. Malah saya melihat mereka sudah mula menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekarang dan mereka juga cemerlang didalam peperiksaan mereka. Apakah ini mengusarkan PAS dan menuduh kerajaan hendak menghapuskan Bahasa Melayu.Yang saya tahu selama ini PAS hanya memperjuangkan ISLAM PAS dan bukannya Bahasa Melayu? Kenapa PAS tiba-tiba hendak menjadi juara didalam memartabatkan Bahasa Melayu milik Bangsa Melayu? Adakah kita semua tahu banyak perkara yang berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan?
Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.
Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.
Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.
Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.
Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia. Jadi siapa yang jadi pengkhianat sekarang, PAS atau penyokong PPSMI?Nasihat saya kepada Ustaz Hadi dan penyokong-penyokong PAS termasuklah Salahuddin Ayup. Dan untuk Sdr.Mahfuz Omar, janganlah disebabkan tahap pelajaran anda setakat sekolah menengah sahaja maka anda hendakkan anak-anak kami belajar sehingga tahap anda belajar sahaja?
Jangan takut, anak-anak kami tidak diajar untuk melawan taukeh. Hentikan lah sikap hipokit anda semua.
Wallahuallam.
Petikan daripada komen blogger http://belantan.blogspot.com/