Friday, January 23, 2009

Isu 46 ekor lembu: Gerak lapor ke SPRM

BELUMPUN reda isu kerajaan pakatan pembangkang di Selangor membeli Toyota Camry bagi kegunaan anggota Exconya yang diaggap membazir wang, satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar.

Laporan itu dibuat oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) di pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam, Rabu oleh Pengerusinya Mohd. Nazree Mohd. Yunus. Ia diserahkan pada Pengarah SPRM Selangor Mohd Shamsudin Yusof.

Laporan itu mendakwa Khalid menggunakan kedudukannya mengarahkan supaya 46 ekor lembu korban yang sepatutnya diagihkan kepada penduduk di Selangor dihantar ke kawasan parlimennya Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Khalid turut memenangi kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Kesemua haiwan bernilai kira-kira RM110,000 adalah sebahagian 400 ekor lembu yang diperuntukkan kepada masjid di seluruh Selangor bagi ibadah korban pada sambutan Aidil Adha lalu. Program agihan lembu korban itu dibiayai oleh beberapa anak syarikat negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Difahamkan, pembayaran bagi membekalkan 46 ekor lembu ke kawasan parlimen Tun Razak dibuat oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) anak syarikat di bawah PKPS.
Secara tidak langsung, Khalid dipercayai menggunakan kedudukannya mengarah wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membayar harga haiwan korban itu bagi kegunaan rakyat luar negeri itu.

Mohd. Nazree dalam sidang media selepas laporan itu berkata, GERAK mendesak Khalid melepaskan jawatannya bagi membolehkan SPRM menyiasat kes itu. “Sebelum ini beliau pernah mengarahkan seorang pegawainya di Pejabat Menteri Besar melepaskan jawatan kerana dipercayai terbabit dalam usaha mengumpul dana bagi sambutan 100 hari pakatan rakyat mentadbir Selangor,” katanya.

Beliau berkata, Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawabannya dalam kes penyelewengan wang kerajaan dan rakyat Selangor ke pihak tidak berkaitan.

GERAK juga katanya akan memohon perkenan menghadap Sultan Selangor bagi menyerahkan memorandum meminta Khalid digantung tugas atau digugurkan jika beliau enggan bertanggungjawab dalam kes ini. / Agendadaily

Wednesday, January 14, 2009

Kemelut rumahtangga Pakatan Rakyat di Selangor


Belum lagi masuk setengah penggal memerintah Selangor, PKR sudah bergolak dan sudah ada Ahli Parlimen PKR sendiri yang sudah mula menunjukkan ketidakpuasan hati dengan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikatakan pentadbiran Menteri Besar Selangor ini. Perang mulut dengan Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar, S. Manikavasagam berterusan sehingga mengancam kedudukan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini Hassan Ali terpaksa memecat dua Exco tertinggi PAS yang dikatakan tidak sehaluan dengan beliau. Rakyat Selangor juga merasakan mereka tertipu setelah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerentah negeri ini kerana segala janji yang telah mereka lalfazakn sebelum ini hanyalah merupakan janji-janji kosong sahaja. Rakyat Selangor khususnya yang berbangsa Melayu merasakan bahawa PKR dan PAS kini adalah sebuah Parti yang menjadi boneka kepada DAP dan dengan kuasa yang ada di tangan mereka hanyalah untuk kepentingan pentadbiran tertinggi PKR dan mengukuhkan pengaruh DAP yang benar-benar memperjuangkan Malaysian - Malaysia dan fahaman sekular di negeri ini.

Pas di Selangor tidak lebih dari sebuah parti yang dianggap sebagai sebuah parti kelas kedua dan seolah-olah menempel sahaja untuk berkongsi kuasa. Suara PAS tidak lagi senyaring sebelum bersama Pakatan Rakyat dan suara mereka selalu didengar sebagai suara-suara yang sumbang oleh PKR dan DAP di negeri Selangor. Walaupun mempunyai tiga Menteri Besar yang mewakili PAS di Malaysia, namun Pas hanya di anggap sebagai boneka yang gilakan kuasa dan telah lari dari hakikat perjuangan yang sebenar. Kini pergolakan yang berlaku kepada parti PKR yang mengakibatkan perang mulut antara Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Kapar.
Menariknya, seperti mana biasa, walaupun pertelagahan itu berpunca daripada kenyataan terbuka Manikavasagam sendiri, akhirnya media dipersalahkan kerana dituduh cuba memperbesar-besarkan isu Ahli Parlimen itu akan keluar meniggalkan PKR.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, bagi mengingatkan semua pemimpin PKR dan juga pakatan pembangkang agar tidak membuat reaksi terbuka mengenai perbezaaan pendapat dan perbalahan sesama mereka melalui media yang dikuasai parti pemerintah yang disifatkannya sengaja mempesar-besarkan isu berkenaan.

“Saya menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukakan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Ahad. Pertelagahan politik dalaman PKR itu hangat diperkatakan apabila Jumaat lepas Manikavasagam mengumumkan bahawa beliau akan keluar daripada PKR kerana tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu yang disfatkannya mengabaikan kepentingan rakyat.

Nampaknya kempen jalan ke Putra Jaya yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim pada 16 - 9 dahulu kini memakan diri sendiri dan kepimpinan pembangkang sudah mula memakan kata-kata mereka sehingga Nik Aziz terpaksa mengutuk ahli Parlimen yang berhasrat melompat parti sebgaia pengkhianat sedangkan mereka dahulu yang cuba merayu agar Ahli Parlimen BN untuk melompat parti bagi membolehkan mereka menubuhkan kerajaan dengan pengkhianat yang mereka pujuk. Malangnya ini tidak berlaku dan kini mereka pula akan menyaksikan satu demi satu Ahli Parlimen mereka akan melompat parti.

Thursday, January 8, 2009

ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN


1. Beberapa jam sebelum 13 Mei 1969, orang-orang Melayu yang prihatin di Kg. Baru memenuhi rumah Datuk Harun Idris, berkumpul untuk bersatu hati, menghadapi ancaman DAP yang mahu meMalaysiankan Malaysia.Di Johor Bahru, pasukan Selendang Merah sudah bersedia ke Kuala Lumpur untuk jihad mempertahankan agama Islam dan tanah air daripada kerakusan DAP yang ketika itu didalangi oleh PAP. Perarakan demi Perarakan yang dibuat oleh DAP di segenap jalan di Kuala Lumpur menidakkan Ketuanan Melayu ketika itu, bandar Kuala Lumpur ketika Perarakan DAP itu sudah umpama bandar Hong Kong dan Singapura. Penamatnya, dengan berkat perpaduan bangsa Melayu yang kemudiannya menyatukan pula Tun Razak dengan Datuk Asri, maka terselamatlah bangsa Melayu & umat Islam daripada tersingkir, dihina dan diusir daripada tanah airnya sendiri.

2. Ketika itu di mana Anwar? Anwar sibuk membuat demonstrasi membantah Papan Tanda dan Iklan di Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh tulisan Cina & bahasa Inggeris. Hari ini kenapa Anwar tidak membantah isu Tulisan Jawi, Bahasa Melayu yang dipermain-mainkan oleh Teresa Kok dan DAP?

3. Anwar juga sibuk membuat memorandum bantahan kerana Pencerobohan Russia ke atas Afghanistan. Hari ini Amerika menceroboh Iraq, Israel menceroboh Palestin dan Lubnan, Amerika nak serang Syria dan Iran…mana Memorandum bantahan daripada Anwar Ibrahim? Sanggupkah Anwar membuat Demostrasi menentang Keganasan & Pencerobohan Amerika di Iraq, Israel di Palestin dan Lubnan? Yang mana pilihan Anwar, menyakiti hati rakan-rakan Amerikanya atau menyakiti hati umat Islam di Iraq,Iran, Syria, Lubnan dan Palestin. Dan…Kenapa Anwar Ibrahim hadir dalam Perjanjian Mienapollis tentang penjajahan di Iraq dan Timur Tengah oleh Amerika? Apakah nak tunjuk sokongannya kepada Yahudi Amerika terhadap dasar-dasar Yahudi Amerika di Timur Tengah? Bacalah buku ” Mereka Berani Bersuara” oleh seorang mantan ahli Republikan Amerika tentang peranan Yahudi Amerika ( American Jewish ) di seantero benua, termasuklah J. Biden yang menyokong Anwar baru-baru ini.

4. Tatkala Haji Hadi Awang dan Nik Aziz ( Kepimpinan Ulama ) Menentang Forum Memeluk Islam, kenapa Anwar memilih jalan SongSang menyokong Forum itu? Adakah Irene Fernandez yang pernah menjemput Anwar dalam satu Forum IFC ( agama semua sama rata )telah mengikat suara Anwar daripada mempertahankan kesucian agama Islam. Apa perasaan anda jika dalam forum itu ahli forum bertanya kepada ahli panel benda-benda yang sensitif terhadap hukum hakam, halal haram , dosa pahala,dan sebagainya. Siapa lebih berkredibeliti soal agama Islam, kenyataan Anwar atau Kenyataan Hj Hadi/Nik Aziz? Anwar ulamakah?

5. Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 1980 amat jauh berbeza, jika Muzakarah UMNOPAS 1986 Allahyarham Hj Fadhil Nor mengatakan Anwar penyebab utama Menggagalkan Muzakarah itu? Muzakarah UMNOPAS 2008 tatakala Hj Hadi sudah bersetuju dan Kepimpinan Ulama PAS dah bersetuju, orang kuat Anwar dalam PAS Kamarudin Jaafar dan Husam menentang keras. Dan amat memalukan Ketua Penerangan PAS memohon ampun dan maaf, tidak pernah dalam sejarah PAS! Betapa cacamerbanya PAS sekarang.

6. Anwar tahun 1990 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, malah Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, sudah tiada Roh Islam ( tak kisah menyokong Forum Memeluk Islam ) walaupun Haji Hadi/Nik Aziz dan majoriti orang Islam membantah, sudah tiada Roh Melayu ( DEB hapuskan dan tukar kepada AEM ). Anwar yang ada hari ini sangat kaya raya, sangat berbeza dengan zaman demonstrasi kemiskinan Baling dahulu. Apakah kita nak gadaikan seluruh kepentingan bangsa dan agama kita untuk menjayakan cita-cita orang yang kaya raya nak jadi PM?

7. Kesimpulannya, mari kita pandang 20 tahun akan datang. Dengan keadaan dan tekanan dari dalam dan luar, bangsa Melayu dan umat Islam semakin tersepit di tanah air ini. Anwar sudah 60 tahun, Anwar sudah tidak Relevan lagi. Mari kita cari Pemimpin baru yang lebih Relevan untuk memimpin negara ini. Pemimpin yang boleh mengembalikan rasa hormat-menghormati antara kaum ( Cina/India/Melayu ) tanpa merampas hak-hak masing-masing.

Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri

Tuesday, January 6, 2009

'SHOAH' PALESTIN! SHOAH ISLAM!



“SHOAH” dalam bahasa Hebrew (Bahasa rasmi Yahudi) bermakna bencana besar dan kemusnahan besar-besaran.Ia juga digelar sebagai‘Holocaust’ dalam bahasa Inggeris.Semasa Perang Dunia Kedua, Hitler dan parti Nazinya yang begitu benci pada Bangsa Yahudi telah bercadang untuk menghapuskan keturunan Yahudi di Jerman. Penghapusan bangsa Yahudi(etnic cleansing) ini telah dilakukan berperingkat-peringkat oleh Pemimpin Parti Nazi Hitler.Dalam peringkat pertama, semua rakyat keturunan Yahudi telah dimansuhkan kerakyatan dan mereka hak kemanusiaan diabaikan.

Peringkat kedua, menjalankan penangkapan besar-besaran kesemua keturunan yahudi di Jerman dan disumbatkan kedalam kem-kem tahanan yang khas dibinauntuk tujuan ini.Mereka dijadikan sebagai hamba.

Di peringkat ketiga dan akhir, memindahkan tahanan yahudi ke Eropah Timur untuk penghapusan bangsa Yahudi di Jerman secara total, dilakukan dengan pembunuhan beramai-ramai oleh pasukan khas Hitler ‘Einsatzgruppen’. "Holocaust’adalah perkara yang taboo untuk bangsa Yahudi yang telah menyebabkan kesengsaraan yang dasyat dan kematian yang melebihi ratusan ribu.Kesengsaraan bangsa yahudi Jerman pada masa itu telah mendapat simpati dari negara-negara Eropah dan Amerika.Bangsa Yahudi ini juga memang pandai dalam mendapatkan simpati dalam ertikata lain ‘Propaganda’.
Bangsa laknat ini juga pandai manupulasi simpati (propaganda) ini untuk menjayakan rancangannya untuk membina sebuah negara yang terkuat di rantau negara-negara Islam Teluk dengan bermandikan darah para Mujahidin Islam Palestin.Yahudi –Yahudi laknatullah ini juga menggunakan cara Nazi ini untuk menghapuskan Bangsa Palestin dari muka bumi Negara Palestin.



Sejak 10 hari ini (sewaktu menulis) lebih 500 kebanyakan orang awam Palestin telah terkorban dan 2,500 orang lagi tercedera akibat serangan ganas negara Yahudi.Penduduk Gaza kini diancam pula dengan kebuluran,tiada bahan api, kemudahan asas dan ubat-ubatan.1.3 BILLION umat Islam hanya jadi penonton yang simpati seperti penonton kemalangan Jalan Raya menghadapi hanya 7 juta Yahudi dan keluasan Negara Cuma 21,946 km/persegi.Di luar terdapat lebih kurang 7 juta tetapi merekalah memainkan berperanan utama untuk melobi simpati yang amat terpangaruh,menguasai media,system kewangan dan perbankan, hiburan dan perkhidmatan Internet.

Kemegahan negara Yahudi ini memuncak apabila mereka dapat mengalahkan tentera dari Jordan,Mesir dan Syria pada 1967!.Sehingga memaksa negara-negara ini menyetujui plan Damai yang diterajui oleh Amerika(AS).Pemimpin dunia yang jaguh dalam Hak Asasi manusia senyap,Badan dunia seperti UN,NAM,EC,NATO tidak lagi kedengaran.Pemimpin –pemimpin dunia seperti Bush,Obama,Nicol Sarkozy tidak melakukan apa-apa Cuma menyalahkan Hamas!.OIC Cuma badan yang O0! I will see saja.

Negara-negara Islam yang kaya Cuma memperhebatkan lagi pembinaan kapal-kapal mewah,bangunan-bangunan pencakar langit,berebut-rebut membeli harta-saham mewah dan telah menjdi pencacai untuk bos-bo Mat salleh Amerika.SEKALI LAGI ISLAM MERATAP DAN MERAUNG KERANA NEGARA –NEGARA ISLAM CUMA LEMAH DALAM SEGALA-GALANYA!!!!!!

Artikel by mamak penang.

wassalam.

Monday, January 5, 2009

KJ tanpa Pak Lah …..Kini Khairy lebih bebas bergerak


Kini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya jawatan PM. Walaupun pengunduran beliau itu hanya berkuatkuasa Mac 2009, namun dalam UMNO efektif tarikh itu telah bermula .
Ada yang berpendapat bahawa KJ juga akan menamatkan kerjaya politik beliau setelah Pak Lah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya perjalanan politik KJ lebih mudah sekiranya tidak melibatkan Pak Lah. Mungkin pandangan ini bercanggah dengan kebanyakan pandangan orang lain.

Tapi Khairy telah membuktikan bahawa beliau bertanding untuk merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO atas kekuatan beliau sendiri. Beliau tidak lagi bergantung kepada Pak Lah seperti mana kita lihat Mukhriz (anakbapak) yang sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sendiri melainkan bergantung kepada pengaruh bapanya. Siapa Mukhriz tanpa Tun

Jadi sekarang Pak Lah sudah tiada dalam perjalanan KJ. Cuba kita letakkan Mukhriz dan KJ di atas pentas yang sama. Seterusnya kita cuba membuat penilaian secara neutral tanpa melibatkan kedua-duanya dengan faktor bapa dan mentua. Siapakah yang benar-benar lebih layak untuk memimpin sayap Pemuda UMNO Malaysia?

Saudara KJ mempunyai karisma tersendiri. Karisma yang tidak ada pada pemimpin muda yang lain dan jika anak muda ini terus digilap dan diberikan peluang, beliau bakal menggegarkan politik tanah air dan pasti Malaysia akan memiliki pemimpin yang berkeliber dan mempunyai idea-idea yang boleh membangunkan negara di masa hadapan.

Kita tidak boleh menafikan bahwa kita dapat rasakan aura KJ. Jarang kita tengok pemimpin muda yang sesegar begitu. Kadang-kadang ada kalangan kita yang cuba menidakkan saudara KJ dalam konteks antara bakal pemimpin terhebat, tapi tak berjaya.. Beliau tetap dibarisi antara pemimpin muda yang boleh dikehadapan adalah beliau. Bukan membodek,tapi realiti.

Walaupun beliau adalah menantu kepada Perdaan Menteri, namun tanggungjawab beliau dalam memimpin Pemuda UMNO sebagai Naib Ketua Pemuda yang di jawatnya telah dilaksanakan sebaik yang mungkin sehingga berjaya menunuaikan amanah yang dilaksanakan. Jika kita ukur jasa Mukhriz dibandingkan dengan jasa KJ kepada pemuda, kita akan melihat betapa bogelnya Mukhriz didalam barisan kepimpinan Pemuda UMNO.

Malahan ada yang berkata “khairy is coming! really, if you put aside the fact that he is related to paklah, and sincerely try not to be clouded by your biased judgement, you will see that you have no other more credible candidate”.

Saturday, January 3, 2009

BN to Alert - Rakyat seeks for new hope

Former Lubok Antu MP Jawah Gerang and about a thousand supporters have joined Parti Keadilan Rakyat (PKR), it was announced here yesterday.

Speaking at a press confe-rence held at a local hotel, Jawah announced his decision to join PKR as he handed over his membership application, along with the applications of more than 1,000 others, to PKR secretary general Datuk Salehuddin Hashim.“My decision to join PKR is not a surprise; neither is it a political gimmick. I join the party on my own free will,” he said.

Others at the conference were state PKR vice chairman Nicholas Bawin Anggat, former Sri Aman MP Jimmy Donald, PKR Betong chief Abang Zulkifli Abang Engkeh and members of PKR Sri Aman and Lubok Antu.

Jawah also revealed that he had already travelled the length and breadth of his former constituency to recruit more members and claimed that the response from the people was “very encouraging”.

He claimed that their members were mostly from the now defunct Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) which was deregistered in 2004. Jawah who joined Parti Rakyat Sarawak (PRS) after his PBDS’ days was not re-nominated for the Lubok Antu parliamentary seat in the election last March 8.

Jawah’s replacement by William Nyallau Badak did not go down well with the supporters of this five-term MP who had grown from strength to strength – in terms of grassroots support — since his first outing in 1986. It was, therefore, quite expected of him to claim yesterday that, about 6,000 people from Lubok Antu parliamentary constituency would soon be joining him in PKR “shortly”.

Meanwhile, Jimmy also said about 1,000 people from Sri Aman parliamentary constituency had joined PKR, adding that he had been moving in the constituency to ask his supporters to join the party. The media members were also told by Bawin that PKR Sri Aman branch had been set up at Jalan Sabu.

Friday, January 2, 2009

Sarawak - Real threat from Pakatan Rakyat

While the recent goings-on in the opposition front do not seem to have rattled state leaders much, Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Dato Sri Dr James Masing appears to be more cautious. Masing warned Sarawak Barisan Nasional (BN) against ignoring the fact that Pakatan Rakyat (PR) had set in motion its political gears to lay siege on the ruling coalition come the next state election.

“The state BN is under siege from Pakatan Rakyat, if not now, it will be when the next state election comes,” said Masing, the Land Development Minister, in a New Year message yesterday. “BN leaders both at the state and federal levels must not under-estimate such threat, and the ever changing political landscapes increase the danger the opposition poses,” he added.
Though he considered this outlook a “grim and dangerous political scenario”, Masing said he was still confident that the BN would withstand the onslaught of Pakatan Rakyat when the day comes.


“Sarawak BN’s concrete development programmes and its past records will become the fortress of its defence in the coming state election. “Sarawak BN must continue, as it has been in the past, to be the government of all races and to all regions in the state. The understanding of these basic principles of governance by the state BN has been its pillars of strength,” he said.

Parti Keadilan Rakyat’s (PKR) supreme council had on Christmas Eve announced that their de facto leader as well as that of Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, is the new liaison chief for Sarawak and Sabah.

Anwar has openly declared that the two East Malaysian states are Pakatan’s frontline in its move to topple the BN government in the country. Anwar is expected to strengthen the opposition front in the state in the coming polls. PKR and the Sarawak Democratic Action Party (DAP) had not been able to see eye to eye in past polls but with Anwar at the helm, it is likely that the parties would reach a compromise, with PKR focusing on Bumiputera majority seats.

At present, the ruling coalition is represented in 62 out of 71 state seats. PKR now has two assemblymen after Gabriel Adit (Ngemah) joined the party on Nov 5. The Democratic Action Party has six seats, mainly in the urban areas. The next state election is expected to be held in 2010.