Monday, January 5, 2009

KJ tanpa Pak Lah …..Kini Khairy lebih bebas bergerak


Kini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya jawatan PM. Walaupun pengunduran beliau itu hanya berkuatkuasa Mac 2009, namun dalam UMNO efektif tarikh itu telah bermula .
Ada yang berpendapat bahawa KJ juga akan menamatkan kerjaya politik beliau setelah Pak Lah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya perjalanan politik KJ lebih mudah sekiranya tidak melibatkan Pak Lah. Mungkin pandangan ini bercanggah dengan kebanyakan pandangan orang lain.

Tapi Khairy telah membuktikan bahawa beliau bertanding untuk merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO atas kekuatan beliau sendiri. Beliau tidak lagi bergantung kepada Pak Lah seperti mana kita lihat Mukhriz (anakbapak) yang sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sendiri melainkan bergantung kepada pengaruh bapanya. Siapa Mukhriz tanpa Tun

Jadi sekarang Pak Lah sudah tiada dalam perjalanan KJ. Cuba kita letakkan Mukhriz dan KJ di atas pentas yang sama. Seterusnya kita cuba membuat penilaian secara neutral tanpa melibatkan kedua-duanya dengan faktor bapa dan mentua. Siapakah yang benar-benar lebih layak untuk memimpin sayap Pemuda UMNO Malaysia?

Saudara KJ mempunyai karisma tersendiri. Karisma yang tidak ada pada pemimpin muda yang lain dan jika anak muda ini terus digilap dan diberikan peluang, beliau bakal menggegarkan politik tanah air dan pasti Malaysia akan memiliki pemimpin yang berkeliber dan mempunyai idea-idea yang boleh membangunkan negara di masa hadapan.

Kita tidak boleh menafikan bahwa kita dapat rasakan aura KJ. Jarang kita tengok pemimpin muda yang sesegar begitu. Kadang-kadang ada kalangan kita yang cuba menidakkan saudara KJ dalam konteks antara bakal pemimpin terhebat, tapi tak berjaya.. Beliau tetap dibarisi antara pemimpin muda yang boleh dikehadapan adalah beliau. Bukan membodek,tapi realiti.

Walaupun beliau adalah menantu kepada Perdaan Menteri, namun tanggungjawab beliau dalam memimpin Pemuda UMNO sebagai Naib Ketua Pemuda yang di jawatnya telah dilaksanakan sebaik yang mungkin sehingga berjaya menunuaikan amanah yang dilaksanakan. Jika kita ukur jasa Mukhriz dibandingkan dengan jasa KJ kepada pemuda, kita akan melihat betapa bogelnya Mukhriz didalam barisan kepimpinan Pemuda UMNO.

Malahan ada yang berkata “khairy is coming! really, if you put aside the fact that he is related to paklah, and sincerely try not to be clouded by your biased judgement, you will see that you have no other more credible candidate”.

No comments:

Post a Comment