Monday, April 13, 2009

KJ TIDAK BERSALAH

Saya turut berdukacita dengan nasib malang yang menimpanya terutama pada ketika dia disisihkan daripada kabinet kerajaan Datuk Seri Mohd. Najib baru-baru ini.

Satu persoalan, mengapa Hanya KJ yang tertinggal tidak berjawatan dalam kabinet ini, sedangkan ketua sayap-sayap Umno iaitu wanita dan puteri yang lain semuanya disenaraikan dalam barisan kepimpinan baru Najib ini? Bukankah ini berlaku ‘double standard’ dalam kepimpinan baru UMNO?

Pendapat saya, tidak mustahil KJ bakal menerima nasib yang sama seperti Isa Samad dahulu. Mengapa Tun tiba-tiba menyertai UMNO setelah penyerahan kuasa Paklah kepada Datuk Seri Mohd. Najib? Yang pasti tidak ada sebab untuk Tun kembali kepada UMNO setelah sekian lama menghentam parti dan kepimpinan Paklah tanpa apa-apa maksud.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Dr. Mahathir menyemak senarai kabinet Najib sebelum perdana menteri bertemu dengan Yang Dipertuan Agong. “Mahathirism” kini menguasai kabinet Najib.

KJ difitnah dan disabitkan dengan rasuah supaya Razali Ibrahim diletakkan untuk memangku jawatan Ketua Pemuda Umno sehinggalah pemilihan parti tersebut pada masa akan datang. Beginilah permainan politik segolongan orang UMNO sendiri.

Sejarah bakal berulang, bukankah ini pernah berlaku dahulu? Dato’ Hishamuddin Hussein memangku pergerakkan Pemuda Umno apabila Zahid Hamidi membantah pemecatan Anwar Ibrahim dahulu. Apakah kita sudah lupa?

Saya turut bersedih, yang nyata KJ TELAH DIANIAYA DAN DITUDUH RASUAH OLEH GOLONGAN TERTENTU AKIBAT KONSPIRASI POLITIK. KJ bukan orang pertama dan bukan juga orang terakhir, rakyat pasti akan dapat melihat kebenaran satu hari kelak.

3 comments:

  1. saya rasa tak perlu terlalu bersedih, terima qada dan qadar, semasa saya bersedih atas kekalahan Mukhriz tempoh hari, itulah jawapan yang diberikan oleh para penyokong KJ, maka saya menyampaikan semula. Semoga Allah merapatkan barisan kita semula. Apa ada pada jawatan jika parti tewas, memfitnah Tun M bukanlah jalan terbaik membersihkan nama KJ, lima ribu yang diterima oleh perwakilan pada malam terakhir, sudah cukup menceritakan segala-galanya. wallahulam.

    ReplyDelete
  2. Jangan salahkan sesiapa....lihat diri sendiri kenapa perkara ini terjadi...

    Sebagai pemimpin kita bukan perlu sahaja bersih tetapi mensti nampak bersih.

    Sudah lupakah zaman kegemilangan??? ECM-Libra

    Politik memerlukan wang untuk mencari pengaruh...KJ mungkin bersih..tetapi beliau dipergunakan dan diperalatkan oleh individu tertentu untuk mencapai kemewahan...Apa yang terjadi?? KJ tersangkut...individu-individu tersebut tersenyum kerana sudah mencapai matlamat membuat duit.....Mungkin SRM dapat siasat berkenaan ECM-LIBRA biar terungkai segala persoalan....biar dibersihkan nama KJ....Biar SRM menyatakan bahawa Tun Abdullah tidak mengetahui berkenaan penjualan tersebut dan tidak mengetahui bahawa KJ dan kalimullah adalah antara pembeli...Inshaalah kebenaraan akan membersihkan nama KJ...

    Ada masa naik dan ada masa turun.....Lihatlah bagaimana kekacauan yang berlaku apabila KJ diumumkan sebagai KP....yang merasa tidak puas hati adalah mereka yang kebanayakkanya memakai baju sendiri(bukan baju sponsor) bermaksud akar umbi....Siapa yang tidak hairan...seorang yang tidak mendapat sokongan akar umbi tiba-tiba menang KP....Yang salah bukan KJ tapi perwakilan yang belot akan amanah yang diberikan....

    Adakan perwakilan Pemuda beranggapan bahawa kami ahli-ahli pemuda akar umbi adalah bodoh dan tidak cerdik kerana tidak menyokong KJ....sebab itu Perwakilan Pemuda membantu kami membuat pilihan bijak dengan mengundi KJ dan membelakangkan amanah diberikan oleh akar umbi...

    Baru jadi perwakilan sudah beranggapan ahli-ahli akar umbi tidak bijak kerana tidak menyokong KJ...tunggu saja lah biarkan ahli-ahli yang tidak bijak ini pula akan menolak perwakilan-perwakilan Pemuda yang "terlalu bijak" masa pemilihan sebelum rakyat menolak UMNO...

    KJ..tabahkan hati tunjukkan sifat yang mulia...buatlah pilihan antara harta yang bertimbun atau perjuangan suci yang menagihkan perngorbanan...

    ReplyDelete
  3. Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

    Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

    Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

    Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

    BN/UMNO (PRK Phobia)

    ReplyDelete